Polisi Pemulangan Bayaran (Refund Policy)

Kali terakhir dikemaskini: 1 Oktober 2025

Laman web ini (SeminarKontraktor.com) adalah milik iNiaga Global Sdn Bhd (No. Syarikat: 1495204W/202301001285). Kami berpegang pada prinsip ketelusan dan profesionalisme dalam menguruskan setiap pendaftaran seminar. Polisi pemulangan bayaran ini diwujudkan untuk melindungi hak peserta serta memastikan kelancaran pengurusan acara.

1. Penggantian Peserta

  • Sekiranya peserta asal tidak dapat hadir atas apa-apa sebab, penggantian peserta adalah dibolehkan tanpa caj tambahan.
  • Peserta gantian boleh daripada syarikat yang sama atau individu lain yang dilantik.
  • Maklumat peserta baharu perlu dikemaskini dalam sistem untuk tujuan sijil & rekod mata kompetensi (CCD/CPD).

2. Pembatalan Lebih Awal (>14 Hari Sebelum Seminar)

  • Jika pembatalan dibuat lebih daripada 14 hari sebelum tarikh seminar, peserta layak menerima refund penuh.
  • Caj pemprosesan sebanyak RM50 akan ditolak bagi menampung kos pentadbiran & transaksi pembayaran.

3. Pembatalan Lewat (<14 Hari Sebelum Seminar)

  • Jika pembatalan dibuat kurang daripada 14 hari sebelum seminar, tiada refund akan diberikan.
  • Namun, peserta masih akan menerima bahan seminar digital termasuk template AI, eBook, dan bahan rujukan sebagai nilai tambah walaupun tidak hadir.

4. Proses Pemulangan Bayaran

  • Semua permohonan refund mesti dibuat melalui borang rasmi pembatalan yang disediakan penganjur.
  • Proses refund akan mengambil masa sehingga 30 hari bekerja selepas tarikh seminar atau selepas tarikh permohonan (mana-mana yang lebih lewat).
  • Bayaran akan dipulangkan ke akaun bank atau saluran pembayaran asal yang digunakan semasa pendaftaran, kecuali dimaklumkan sebaliknya.

5. Pengecualian Khas

  • Sebarang pengecualian (contohnya kes kecemasan perubatan atau force majeure) akan dipertimbangkan berdasarkan kes tertentu, tertakluk kepada budi bicara penganjur.
  • Peserta digalakkan membuat keputusan awal untuk mengelakkan kerugian akibat pembatalan lewat.

6. Hubungi Kami

Untuk sebarang pertanyaan mengenai refund, sila hubungi:

📧 Emel: hello@seminarkontraktor.com
📞 Telefon: +6011-5349 4363 | +6010-793 4363
🌐 Laman rasmi: https://iniagaglobal.com

📌 Dengan mendaftar seminar melalui laman web ini, peserta dianggap telah membaca, memahami, dan bersetuju dengan Polisi Refund ini.

My Cart
Wishlist
Recently Viewed
Categories